Permainan Video Percuma Terakhir Epic Games

Satu iklan Epic Games Store di facebook telah mendedahkan permainan video misteri yang dirahsiakan pada store tersebut iaitu Ark: Survival Evolved. Ianya akan diberikan secara percuma bermula esok sehingga 18 Jun sahaja. Ark: Survival Evolved pada mulanya diterbitkan pada tahun 2017. Merupakan permainan video kategori survival yang dipenuhi dengan haiwan bersejarah seperti dinosaurs, dll. Pemain perlu mencari sumber, bahan, dan elemen yang sepatutnya berdasarkan kreativiti sendiri untuk terus hidup di dalam dunia ini bertemankan dinosaur besar dan kecil. Permainan ini sangat sesuai dimainkan bersama rakan-rakan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *