Marvel Avengers Akan Menjadi Percuma Pada PS5

Square Enix mengumumkan pemain yang telahpun membeli Marvel Avengers untuk PS4 atau/dan Xbox One akan mendapat salinan percuma di PS5 dan Xbox Series X. Ini bermaksud jika anda pernah membuat pembelian untuk permainan ini anda akan dapat salinan permainan pada konsol generasi seterusnya tanpa kos. Ianya telah diberitahu melalui satu artikel Square-Enix di mana mereka telah menyatakan perkara berikut-

Pemain yang memiliki versi permainan terkini dapat menaik taraf ke versi generasi berikutnya tanpa kos tambahan, tidak kira sama ada pemain berpindah dari PlayStation 4 ke PlayStation 5 atau Xbox One ke Xbox Series X. Pemindahan ke konsol generasi baru juga akan mengekalkan profil perkembangan pemain serta dimana tempat terakhir mereka berhenti. Bukan hanya itu, malah, Marvel’s Avengers akan menyokong permainan cross-platform untuk pemain PS4 & PS5 dan pemain Xbox One & Xbox Series X. Marvel Avengers ini juga menawarkan mod framerate tinggi pada PS5 oleh kerana konsol generasi kini menggunakan GPU baru untuk meningkatkan prestasi semasa bermain dan mencapai 60FPS dengan resolusi 4K.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *