Apex Legends Mobile Dirancang Akan Dikeluarkan Pada 2020

Apex Legends telah pun masuk ke dalam Switch dan Steam tidak lama lagi, tetapi mesti ada yang mahu ianya dimasukkan ke mobile juga.

Kini telah diketahui bahawa Apex Legends dirancang untuk dilancarkan pada platform yang lain iaitu peranti mudah alih. Walaupun ianya tidak disebut oleh EA atau Respawn semasa EA Play Live, ini telah dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif EA Andrew Wilson. Maklumat ini datang dari rakaman EA Fireside Chat yang berlangsung pada 22 Jun, di mana Wilson menyatakan bahawa Apex Legends bertujuan untuk menerima pelancaran mudah alih pada telefon mudah alih pada akhir tahun ini. Rakaman tersebut kemudiannya dikongsikan ke Twitter ApexLatest. Kemungkinan besar versi mudah alih ini akan menjadi versi beta. Ianya juga tidak pasti akan menyokong ciri permainan cross-play atau tidak.