Map Baru PUBG Mobile Dinamakan Livik

Setelah berminggu-minggu spekulasi, kini muncul peta baru pada PUBG Mobile yang dinamakan sebagai Livik. Mungkin ini adalah peta pertama yang eksklusif bagi PUBG Mobile. Namun, ada beberapa Youtubers menyebut peta itu sebagai “Fourex”. Jika hendak dibandingkan dengan saiz, peta ini sangat kecil malah berbeza daripada peta yang lain. Seperti tiga peta yang lain, Livik ini juga mempunyai temanya yang tersendiri. Ia memiliki rumput yang indah dengan air terjun di bahagian selatan dengan kawasan bersalji ke arah utara, manakala pada bahagian barat daya peta mempunyai padang pasir. Livik akan menjadi peta eksklusif pertama bagi PUBG Mobile sahaja. Livik akan menjadi peta yang sangat kecil, ada yang meramalkan peta itu hanyalah berukuran 2 x 2 km namun ianya masih belum disahkan. Tarikh pelancaran peta itu juga masih belum disahkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *