5 Permainan Video Seram Lama Yang Patut Anda Mainkan

5.Condemned

Permainan ini sudah semakin dilupakan, walaupun tidak begitu lama, ianya merupakan permainan video yang telah dilarang di German kerana mempunyai unsur keganasan. Anda memainkan watak sebagai seorang FBI di sebuah bandar Amerika yang agak menakutkan. Anda perlu mencari pembunuh bersiri yang nampaknya hilang akal secara misteri.

4.Dino Crisis

Bagi mereka yang masih ingat Dino Crisis, terdapat banyak permintaan agak permainan ini dapat dibuat semula, permainan pertama siri ini dikeluarkan pada 1999, dan ianya dikembangkan oleh beberapa orang yang sama dalam kumpulan yang membuat Resident Evil.

3.Cry Of Fear

Berbanding dengan permainan lain, ini merupakan permainan yang baru dan mempunyai banyak ulasan positif di Steam. Walaupun bagus, ianya tidak disebutkan dalam dunia permainan seram.

2.The Suffering

Untuk permainan seram yang dilupakan, permainan ini mempunyai skor tinjauan yang cukup positif. Ianya disediakan untuk PlayStation 2, Windows dan Xbox pada tahun 2004. Permainan ini menggabungkan konsep ngeri dan aksi, ianya fokuskan kepada pertempuran.

1.The 7th Guest

Steam sebenarnya telah melancarkan permainan ini bagi versi ulang tahun ke 25 pada tahun yang lalu. Permainan ini asalnya telah dilancarkan pada 1993 dan telah memenangi sejumlah penghargaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *