Permainan Video Batman Baru Mungkin Menyerupai Sistem Nemesis Seperti Shadow Of Mordor

Menurut laporan yang telah dibuat oleh Ketua Editor laman web Geeks WorldWide iaitu KC Walsh, permainan video baru Batman akan menyertakan sistem yang sama dengan permainan video bertajuk Middle Earth: Shadow of Mordor yang dikeluarkan pada 2014  untuk PS4. Sistem Nemesis ialah sistem yang menghasilkan watak “orc” rawak yang boleh berinteraksi dengan pemain pada tahap yang belum pernah dilihat sebelum ini. Sekiranya pemain membunuh mereka pada pertemuan pertama, ceritanya akan berakhir tetapi jika pemain membiarkan ia hidup, mereka akan muncul di tempat lain pula. Sekiranya permainan baru batman menggunakan sistem ini, jalan permainan ini tentu akan menjadi lebih menarik kerana pengalaman pemain adalah pada keputusannya sendiri.