Dr Disrespect Telah Diharamkan Oleh Twitch ?

Twitch merupakan satu platform terkenal yang sering digunakan oleh ramai streamer khususnya pada luar negara sekaligus telah mengumpulkan ramai pemain video yang professional. Namun begitu, satu Twitch Streamer yang sangat terkenal bergelar Dr.Disrespect telah di haramkan oleh  Twitch sendiri.

Berpersonaliti unik, bermisai dan berkacamata, lelaki ini mampu memperolehi hampir empat juta peminat di platform ini. Tapi malangnya akaunnya terpaksa ditutup pada 26 Jun yang lepas. Peminatnnya masih tidak berpuas hati dengan apa yang telah terjadi. Mungkin Dr. Disrespect melanggar  peraturan Twitch? Atau dia berkelakuan tidak wajar? Twitch mengeluarkan kenyataan “Kami mengambil tindakan yang sewajarnya apabila kami mempunyai bukti bahawa individu tersebut melanggar garis panduan komuniti atau perkhidmatan kami”. Dia dikatakan menggunakan bahasa rasis. Beberapa pihak telah mengadakan rusuhan tunjuk perasaan terhadap apa yang telah terjadi. Twitch telah mula mengharamkan akaun lain yang melanggar peraturan platform mereka secepat mungkin.