Permainan Baru Battle Royale Ubisoft?!

Hyper Scape telah diumumkan oleh Ubisoft sebagai permainan “Battle Royale” percuma yang dibangunkan untuk platform PlayStation 4, Xbox dan PC. Hyper Scape kini boleh dimainkan tetapi hanya pada masa yang terhad sahaja kerana mereka mahu menguji dahulu permainan video tersebut sebelum melancarkannya. Dalam fasa pengujian itu mereka sertakan sekali mod tiga pemain per squad iaitu “Crown Rush” dan akan menambah mod solo iaitu “Dark Haze”. Tidak lupa juga 10-tier battle pass yang progressnya akan dibawa ke pelancaran penuh nanti.

Hyper Scape merupakan permainan “Battle Royale” moden dimana 100 pemain akan bertempur dalam satu tempat untuk bergelar juara. Direka sebagai permainan fps(First person shooter) yang mempunyai skill tersendiri dan memerlukan cara main yang pantas seperti Apex Legends, dimainkan di tempat yang moden.