3 Permainan Co-op Terbaik Untuk Dimainkan Di Switch

Pada era permainan video yang terdahulu, hampir semua permainan video mempunyai fungsi “split-screen” untuk menyokong permainan lebih daripada satu pemain, antaranya akan dipecahkan ke 2, 3, malah 4 skrin dalam satu masa. Namun, setelah muncul pelbagai teknologi baru yang semakin canggih, banyak syarikat pembuat permainan video fokuskan permainannya kepada fungsi “online multiplayer” tetapi “splitscreen multiplayer” masih seronok jika dimainkan pada masa kini. Berdasarkan pengumpulan pendapat daripada staff kami, ini merupakan 5 permainan “multiplayer” terbaik khususnya pada platform Switch yang harus dimainkan untuk mengisi masa lapang anda dan rakan-rakan.

1.Cuphead

Untuk pendapat secara jujurnya Cuphead merupakan permainan yang agak sukar untuk dimainkan tetapi ianya seronok dimainkan bersama rakan anda. Dengan corak permainan 30-an, permainan ini mempunyai mekanikal platform 2D.

2.Super Mario Bros U. Deluxe

Sudah tentu, permainan utama nintendo iaitu Super Mario Bros U.Deluxe, ianya menyokong 1- 4 pemain serta sudah tentu ianya merupakan permainan platform 2.5D. Menggunakan Corak yang menarik.

3. Overcooked

Dan akhirnya, Permainan yang paling diminati pengguna Switch iaitu Overcooked! Konsep permainan adalah berdasarkan simulasi, dicipta oleh Ghost Town Games dan dilancarkan oleh Team17. Bagi pengalaman  “local multiplayer” pemain, mereka perlu mengawal beberapa chef di dapur tersebut untuk menempuh pelbagai halangan dan rintangan yang akan dihadapi oleh pemain untuk menyiapkan pesanan dalam masa yang telah ditetapkan.