Tiada PES 2021??

Pro Evolution Soccer merupakan permainan video bola sepak dari syarikat Konami yang terkenal sejak pelancarannya pada tahun 2001 serta dimainkan oleh ramai orang tidak kira pada platform konsol atau PC. Namun begitu, Konami telah menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk melancarkan PES 2021 pada tahun ini tetapi hanya mengeluarkan “update” yang berbayar bagi versi yang sedia ada. Berdasarkan kenyataan yang telah dibuat oleh konami, pada mulanya mereka bercadang untuk sediakan “update” itu secara percuma tetapi telah berubah kepada harga yang berpatutan serta beberapa bonus.