Permainan Battle Royale Berunsurkan Magic !

“Battleroyale” merupakan konsep permainan dimana pemain perlu berperang dan berusaha untuk terus hidup sehingga ke penghujung permainan dalam satu tempat yang dipenuhi permain lain dan akhirnya bergelar juara. Kebanyakan permainan seperti ini majoritinya menggunakan pelbagai senjata dan alat bertempur  yang lain tetapi Spellbreak merupakan permainan “Battleroyale” berkonsepkan RPG yang unik dimana pemain akan menggunakan pelbagai element magic untuk berperang!

Bagaimana dengan “Battleroyale” tanpa pistol ? Bagaimana dengan konsep RPG ini? Pemain akan mulakan permainan dengan tiada apa-apa tetapi mempunyai magic yang lemah, pemain perlu mencari sarung tangan yang mempunyai element-element tertentu seperti angin, api, ais, tanah, kilat dan racun. Namun, keseronokan utama permainan ini adalah apabila pemain cuba mencampurkan elemen ini untuk menghasilkan kombo terbaik semasa bertempur. Juga terdapat pelbagai aksesori lain daripada pelbagai set yang memberi penambahan skill magic kepada pemain. Mungkin permainan ini lebih menarik jika ianya bukan berkonsepkan “Battleroyale” dengan seni yang sangat menarik, animasi dan berkonsepkan RPG sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *