KFC Gaming Console???

Sementara ramai yang sedang tertumpu kepada perlawanan sengi tantara PS5 dan XBOX Series X, KFC telah mencipta sebuah permainan konsol baru. Serious ah? Kenyataan ini telah diumumkan melalui twitter KFC Gaming dengan menunjukkan beberapa spesifikasi yang boleh menandingi kedua-dua konsol itu. Pengumumam ini diumumkan satu hari setelah PS5 dilancarkan di event Future of Gaming.

Rekabentuk konsol ini dibuat berupa seperti bucket serta dilengkapi dengan beberapa spesifikasi yang cukup menarik. KFConsole membolehkan anda untuk memainkan permainan video dengan resolusi 4K dengan 120 FPS(Framerate Per Second), konsol ini menggunakan sebuah chip prosesor yang bernama Zinger(11GHz) serta yang membuatkan ianya lebih menarik adalah kerana ia menyokong Cross-Platform. Tetapi anda perlu ingat, pencipta konsol ini adalah daripada sebuah restoran terkenal. Sudah tentu ianya dilengkapi dengan satu “Chicken Chamber” yang boleh diTarik keluar dari bahagian tengah konsol tersebut.

Dan sudah tentu ianya hanyalah gurauan daripada pihak KFC. Tetapi pada akhir videonya ada tertulis 12 November 2020. Jadi siapa tahu, KFC akan memberikan detail yang lebih banyak untuk KFConsole dan mana lah tahu ianya mungkin akan dicipta :P, Terima Kasih sudi membaca.

3 thoughts on “KFC Gaming Console???”

  1. excellent issues altogether, you simply won a new reader. What may you suggest in regards to your put up that you just made a few days in the past? Any positive?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *