Valorant Act 2 telah muncul pada 4 Ogos yang lalu, sekaligus dengan kemunculan agent baru Valorant iaitu Killjoy! Namun kemunculannya telah menimbulkan pelbagai kontroversi. Sementara ramai yang tidak sabar dengan kehadiran agent baru ini, ada juga yang tidak suka akan skill Killjoy yang agak melampau. Killjoy mempunyai empat skill iaitu AlarmBot, Turret, Nanoswarm dan Lockdown. Nampak gayanya agent ini lebih fokuskan kepada taktikal.
Tidak cukup dengan itu, ianya didatangkan sekaligus dengan skin weapon baru (Glitchpop!) serta battlepass baru & mod Deathmatch pada Act 2!