Season 6 Telah Tiba! | Apex Legends

Selepas Respawn mengeluarkan teaser Legend baru mereka, kini ianya telah tiba dan boleh dimainkan, Legend baru bernama Ramya Parekh 21 tahun berasal daripada Indian-British seorang pengurus bisnes tersendiri yang sangat menggemari senjata yang berat. Season ke 6 Apex bukan sahaja menambah Legend dan senjata yang baru namun ianya sekaligus menukar cara permainan video tersebut dimainkan. Antara skill Legend terbaru ialah :

Modded Loader : Passive

Rampart menambah kapasiti magazine & kelajuan reload apabila menggunakan LMG dan Minigun (Ultimate) nya.

Amped Cover : Tactical

Rampart membina satu benteng untuk berlindung daripada tembakan luar. Maximum dinding yang boleh dibina adalah 5 dalam satu masa.

Emplaced Minigun “Sheila” : Ultimate

Rampart meletakkan machine gun yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja mahupun pihak musuh dengan kapasiti peluru yang tinggi dan masa reload yang lama. Maksimum minigun yang boleh diletakkan adalah 3 dalam satu masa.

Senjata baru | Volt SMG

Senjata pertama yang menggunakan energy-ammo, Volt ini membolehkan penggunanya untuk menembak menggunakan energy-ammo.

Sistem “Crafting”

Satu sistem baru ditambah pada Apex Legends iaitu sistem untuk membuat kraf yang boleh digunakan jika diletakkan material yang perlu dikutip di tempat-tempat tertentu. Pemain boleh membuat 8 kraf daripada sistem tersebut.

Meta Baru “Armor”

Perubahan paling besar dalam season 6 ini adalah pada “armor”, semua armor adalah Evo Armor. Apabila anda menjumpai armor putih, biru atau ungu ianya adalah armor yang telah dinaikkan tahapnya dan boleh diambil seperti biasa. Lebih menarik lagi, semua pemain akan dibekalkan dengan tahap 0 Evo Armor

Sumber : https://www.ea.com/games/apex-legends/news/season-6-patch-notes

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *