KEPUTUSAN LENGKAP MYESPORTS PERINGKAT JOHOR

Baru-baru ini kami Axis Esports telah berjaya menjalankan perlawanan bagi MyEsports Belia Malaysia Peringkat Negeri Johor.Perlawanan yang diadakan ialah PUBG Mobile dan Mobile Legends yang disokong oleh KBS dengan kerjasama daripada MESF (Malaysia Esports Federation). Ini adalah keputusan lengkap yang telah direkodkan sepanjang perlawanan ini diadakan selama dua hari perlawanan ini dijakankan. Senarai kumpulan yang telah pertanding bagi perlawanan PUBG Mobile adalah sebanyak 128 kumpulan, namun setelah dilakukan beberapa saringan untuk ke peringkat seterusnya, kumpulan mereka telah  terbahagi kepada dua kumpulan semi finalist iaitu kumpulan A dan kumpulan B yang mempunyai jumlah keseluruhan 32 kumpulan yang bertanding di semi final :

Selepas tamatnya kesemua pusingan, dua kumpulan telah memenangi RM1000 bagi juara & RM 500 bagi naib juara, sekaligus  mereka akan dipilih untuk mewakili Johor!

Seterusnya kita beralih ke perlawanan Mobile Legends dimana terdapat 128 kumpulan telah bertanding untuk merebut gelaran juara. Sama juga seperti PUBG dimana selepas beberapa saringan untuk ke peringkat seterusnya iaitu peringkat “Best 16 Teams” untuk bertanding terus ke final :

Juara bagi Mobile Legends juga akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 1000 dan RM 500 bagi naib juara. Tahniah diucapkan kepada semua yang nmenyertai pertandingan ini & Tahniah juga kepada juara yang telah memenangi perlawanan ini untuk mewakili Johor.

#DEKADINIDEKADANDA

1 thought on “KEPUTUSAN LENGKAP MYESPORTS PERINGKAT JOHOR”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *