Permainan Battle Royale terkenal iaitu PUBG MOBILE telah mengumumkan gabungan antara PUBG MOBILE World League(PMWL) dengan World Championship untuk menjadi satu perlawanan yang sama iaitu PUBG MOBILE Global Championship(PMGC) dengan jumlah hadiah sebanyak 2 Juta USD. Berdasarkan maklumat yang diberi, mungkin ianya akan dijalankan di beberapa studio yang boleh mengumpulkan pemain dan peminat mereka di satu tempat yang sama jika garis panduan COVID-19 membenarkannya.
