Among Us 2 Dibatalkan

Seperti yang telah diketahui oleh gamers diluar sana, Among Us sudah semakin popular semenjak beberapa minggu yang lalu. Permainan ini dimainkan dimana pemain akan berada di satu kapal angkasa bersama dengan sembilan pemain-pemain yang lain dan mereka perlu mencari siapakah “imposter” dikalangan mereka. Namun, pusingan tersebut boleh ditetapkan oleh host sama ada mahu menetapkan satu “imposters”, dua, ataupun tiga.  Walaubagaimanapun, populariti Among Us ini telah menyebabkan turutan seterusnya iaitu Among Us 2 yang telah diumumkan pada 36 hari yang lalu oleh pencipta permainan tersebut telah dibatalkan kerana mereka mahu meningkatkan permainan tersebut ke tahap yang seterusnya memandangkan ianya telah dimainkan oleh orang ramai.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *