CS:GO – WIRAWATI NEGARA MENEMBAK TEPAT KE VALENCIA

Posted by Admin Beyl June 24, 2019 in Esports News
CS:GO – WIRAWATI NEGARA MENEMBAK TEPAT KE VALENCIA 1

Kredit: FB & Twitter Ramona Azween

Jejaka FIFA kita dah menang kat Spain, lepas ni kita bakal tengok gadis2 CS:GO kita pulak main kat Spain!! Pasukan terbaik Malaysia, Orange.Sphynx melakar nama sebagai dua pasukan terbaik di Asia dalam kejohanan ZOWIE DIVINA Women’s Asia CS:GO Championship 2019! Power woo! Pasukan ini, yang diketuai ratu CS:GO Malaysia, Ramona “GFi#” Azween, melakukan “epic revenge” setelah dijatuhkan ke lower bracket oleh pasukan Singapura, Phoenix di hari kedua, sebelum menumpaskan pasukan jiran itu di lower bracket finals.

 

Pasukan Orange.Sphynx, yang sudah mewakili Malaysia dalam pelbagai kejohanan international CS:GO, akan menghadapi kejohanan terbesar mereka, Dreamhack Showdown di Valencia, Spain, nanti! Mari sama-sama doakan mereka bakal menjadi THE BEST IN THE WORLD!! TAKE OUR ENERGY!!!

 

Dan syabas juga kepada satu lagi pasukan negara MBT.Baeters, kerana sudah bersaing dengan sangat hebat di Shanghai dalam penampilan international pertama mereka! Mereka hampir memasuki saingan playoff, tetapi terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 kepada pasukan Celeste. Mereka akan menjadi one of the best juga nanti geng, mark my words!

 

ORANGE.SPHYNX – ROAD TO VALENCIA

Group Stage Round 1: Orange.Sphynx 2-0 Celeste

Group Stage Round 2: Orange.Sphynx 2-1 MBT.Baeters

Playoffs Phase 1: Orange.Sphynx 1-2 Phoenix

Playoffs Phase 2: Orange.Sphynx 2-0 Celeste

DREAMHACK SHOWDOWN PLAYOFF: Orange.Sphynx 2-0 Phoenix

 

ORANGE.SPHYNX – WOMEN POWERHOUSES

Ramona “GFi#” Azween

Aisya “Argent” Sabrina

Jasmine “Jazminism” Sim

Iffah “3ve;” Nazurah

Shanice “Alaska” Choo

Orange.Sphynx and MBT.Baeters 

Kredit gambar muka hadapan: Zowie Divina