Encik Hanazrie dijemput dalam Pagi Pertiwi

Posted by Admin Beyl June 17, 2019 in Esports News

Encik Hanazrie daripada Axis Esports telah dijemput untuk menghadiri program temubual ‘Pagi Pertiwi’ yang membicangkan tentang topik E-sukan di dalam Malaysia. Bersama dengan beliau ialah seorang nama yang terkenal di arena E-sukan Malaysia iaitu Encik Hisham. Encik Hisham ialah Presiden untuk Persatuan E-sukan Kuala Lumpur dan Encik Hanazrie ialah Timbalan Presiden untuk persatuan tersebut.

Encik Hanazrie setelah ditanya kepada beliau tentang perubahan E-sukan, telah menyatakan bahawa ” Pada permulaan, permainan video hanya dianggap sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. Namun segalanya berubah dengan perubahan teknologi yang menukar arus permainan video lebih kepada arah persaingan.”

Beliau juga dengan sukacita anak-anak muda di negara ini untuk bersama memajukan industri E-sukan di Malaysia dengan menghadiri dan lebih memesatkan lagi pembangunan E-sukan di negara kita.

Saksikan temubual beliau bersama dengan Presiden Persatuan E-sukan Kuala Lumpur di laman web YouTube yang telah disertakan di atas.