FIFA – DUO KITA UNGGUL DI MADRID

Posted by Admin Beyl June 24, 2019 in Esports News
FIFA - DUO  KITA UNGGUL DI MADRID 1

Kredit gambar: FB Gamesbond 2015

Atlet FIFA Malaysia telah sekali lagi membanggakan Malaysia. Kali ini, mereka memenangi perlawanan 2 vs 2 di Kejohanan Gamergy di Madrid, Sepanyol, dengan mengalahkan pemain-pemain terbaik La Liga Esports. Duo Malaysia dibarisi GS.Ayen dan GB.Luqmanhzq.

Susulan kejayaan pemain Gamestop, Ahmad “Ayen” Shahrin memenangi kejuaraan La Liga Esports peringkat Asia di Sunway Pyramid bulan lalu, beliau dijemput untuk ke Madrid bagi menghadiri temasya La Liga Esports di ibu negara Sepanyol tersebut. Kejayaan itu, ditambah lagi dengan kejayaan menjadi pemain Malaysia memperoleh rekod “30-0” dalam FUT Champions musim FIFA 19, memberikan beliau confidence sebagai pemain paling “in form” negara. Beliau dijemput untuk bermain dalam kategori 2 vs 2 bergandingan bersama pemain FIFA Ultimate Team terunggul Malaysia, Luqman “Luqmanhzq” Haziq menentang dua pemain terbaik La Liga Esports.

Team Malaysia, yang diuruskan di Madrid oleh Gamesbond dan dibantu oleh Amirul “Amtuah” Afandi sebagai coach, berjaya memenangi perlawanan yang mendebarkan tersebut dengan skor 2-1 dalam format Best of 3.

Kejayaan ini sememangnya manis buat komuniti FIFA di Malaysia, lebih-lebih lagi setelah mengulangi kejayaan Amtuah dan Boon Shin “Shige” di Malaysia yang juga mengalahkan duo La Liga Esports tersebut. Tapi Luqman dan Ayen lagi best, dahlah menang depan awek-awek Espana, dapat pulak tengok Real Madrid Legends lawan di Santiago Bernabeu kan. Hmm…mimin teringin sangat nak tengok bola di stadium international ni…Belanja mimin sikit please!

FINAL SCORE

Team Malaysia 2-1 La Liga Esports

Team Malaysia 2-2 (p) La Liga Esports

Team Malaysia 2-0 La Liga Esports

Anda boleh saksikan aksi ini di SINI: https://bit.ly/2X3UsuA

Kunjungi Facebook Pemain: https://www.facebook.com/AmTuah.MY/ 

                                                       https://www.facebook.com/Luqmanhzq12/

                                                       https://www.facebook.com/FFShige/