PUBG MOBILE – PASUKAN “RAHSIA” MELEBARKAN SAYAP KE BERLIN

Posted by Admin Beyl June 24, 2019 in Esports News
PUBG MOBILE – PASUKAN “RAHSIA” MELEBARKAN SAYAP KE BERLIN 1
PUBG MOBILE – PASUKAN “RAHSIA” MELEBARKAN SAYAP KE BERLIN 2

Standings PMCO Jakarta

 Kredit: FB PUBG MOBILE

Bila diingat semula performance mereka awal-awal liga PUBG Mobile Club Open di Shanghai, mesti ada yang kritik gila-gila kan? Sebab itulah, kejayaan Team Secret dari Malaysia ini pastinya akan menjadi kejayaan paling manis minggu ini, pilihan mimin of course. Atau bak kata orang putih, “The greatest comeback since Lazarus”

Setelah permulaan yang agak slow di Shanghai, pada satu masa agak stuck di tangga ke-24, mereka melakukan satu “potong tang konar” untuk menjadi 16 pasukan terbaik sepanjang kejohanan sekaligus melayakkan diri ke PMCO di Jakarta, Indonesia bersama dua lagi pasukan dari Malaysia iaitu VIP Squad dan Yoodo Gank.

Di Jakarta, mereka tidak menoleh ke belakang…

Performance lama dilupakan,

Semangat baru diterapkan,

Demi impian ke Berlin,

Membawa Jalur Gemilang kebanggaan.

Dengan 1 Chicken Dinner dan 45 Kill Point, disertai permainan yang hebat dan memukau, Team Secret akhirnya berjaya mara ke PMCO Global Finals di Berlin nanti! Dengan jumlah mata sebanyak 193 sepanjang kejuaraan dua hari di Indonesia, ini sememangnya satu kejayaan yang benar-benar memberikan kebanggaan yang terbesar buat peminat-peminat PUBG Mobile di Malaysia, untuk menyaksikan satu pasukan kontinjen negara di pentas tertinggi di game tersebut.

Dua lagi wakil Malaysia di PMCO Jakarta, VIP Squad dan Yoodo Gank masing-masing menamatkan saingan di tempat ke-11 dan ke-15 keseluruhan. Tahniah dan syabas buat semua pasukan Malaysia! You guys are the best!!

TEAM SECRET – THE MEN MARCHING TO BERLIN

~From 24th to 16th in Shanghai, to Top 4 in Jakarta~

Secret BiuBiu: https://www.facebook.com/SecretBiuBiu/
Secret SinB Neo: https://www.facebook.com/SecretSinBNeo/
Secret Alex: https://www.facebook.com/SecretAlexPUBGM/
Secret Stewart9k: https://www.facebook.com/SecretStewart9k/

 

Team Secret

Kredit gambar muka hadapan: Onthego Productions & PUBG MOBILE